Cover for TECH FOOD INGREDIENTS SDN. BHD.
Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

14.09.2023 (Khamis)

Imam-imam Masjid Sultan Abdul Aziz, Klang dijemput bagi mengetuai bacaan doa di kilang baru Tech Food Ingredients Sdn Bhd sebelum memulakan aktiviti pembinaan dan penambahbaikkan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Encik R. Narendranath menekankan sekali lagi kepada para kontraktor untuk sentiasa menjaga keselamatan semasa menjalankan aktiviti kerja. Alat perlindungan keselamatan seperti safety shoes, safety helmet, safety harness dan lain-lain perlu dipakai ketika mengendalikan kerja. Bagi pengendalian forklift, individu yang bertanggungjawab hendaklah mengendalikannya dengan selamat.

Pematuhan penuh terhadap Peraturan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan di Bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) adalah sangat penting bagi mengekalkan sifar kemalangan.

Sebelum mereka memulakan aktiviti kerja pada hari ini, mereka diberikan sarapan pagi agar sentiasa bertenaga dan dapat melakukan kerja dengan baik.

#JKKP
#Dosh
#kerjaselamatkitaselamat
#staysafe
#stayhealthy
... See MoreSee Less

Pada hari ini, (13/09/2023), kami di Tech Food Ingredients Sdn Bhd dengan berbesar hati dan gembira menyambut hari kelahiran rakan kerja kami iaitu Nasir dan Kaman yang telah banyak menabur jasa di Tech Food Ingredients Sdn Bhd. Nasir telah bekerja di Syarikat Tech Food Ingredients Sdn Bhd selama lebih kurang 18 tahun dan Kaman selama 8 tahun. Kami sangat menghargai usaha-usaha rakan kerja kami dan pada hari ini, kami menghargai mereka dengan menyambut hari kelahiran mereka.

Tambahan lagi, majlis sambutan hari lahir pada hari ini diserikan lagi dengan kehadiran isteri Nasir iaitu Puan Hamidah dan anak lelakinya, Nazrin untuk memeriahkan lagi majlis. Saudara Nazrin merupakan competent schedule waste person di Tech Food Ingredients Sdn Bhd. Pada hari ini, beliau memulakan majlis dengan bacaan doa untuk memohon keberkatan majlis dan doa untuk kedua ibu bapanya dan Kaman sempena hari lahir mereka. Seperti yang kita tahu, kegembiraan dalam hidup sangat bermakna apabila kita tahu menghargai kedua ibu bapa kita kerana keberkatan hidup kita terletak pada keredhaan mereka.

Diharapkan, dengan bertambah usia ini, Nasir dan Kaman dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia di samping orang yang tersayang.

Pada hari ini (12 September 2023), Encik R. Narendranath, CEO Tech Food Ingredients Sdn Bhd, telah melawat kawasan pembinaan kilang baru yang terletak di Pulau Indah. Kilang baru ini masih dalam proses pembinaan yang sedang berlangsung. Selama kunjungannya pada hari ini, Encik R. Narendranath telah melihat dengan teliti proses pembinaan kawasan kilang dan memberikan nasihat serta taklimat mengenai Peraturan Di Bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dan Peraturan Di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Semua kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan diharapkan untuk mematuhi sepenuhnya peraturan dan akta ini.

Dalam nasihatnya, Encik R. Narendranath juga mengingatkan semua pekerja untuk sentiasa bekerja dengan selamat dan sentiasa ingat kepada keluarga mereka yang menunggu dengan penuh kerinduan di rumah. Beliau menekankan bahawa keselamatan dan kesihatan pekerja adalah perkara yang tidak boleh ditawar-tawar, dan kompromi dalam hal ini adalah tidak dibenarkan. Pada hari ini juga, sebuah mesyuarat diadakan untuk membincangkan status pembinaan kilang baru ini. Mesyuarat dimulai dengan rutin setiap pagi, iaitu dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Syukri untuk memohon keberkatan.

Encik R. Narendranath juga telah memberikan panduan yang penting dan tegas mengenai kepatuhan kepada peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam proses pembinaan kilang baru ini. Semoga pembinaan kilang ini berjalan lancar dan selamat untuk semua yang terlibat.

Pada 18 Ogos 2023 ini, kami akan menjalani AUDIT ANUGERAH KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (PERINGKAT KEDUA) 2022 .
Pasukan kami akan memberikan yang terbaik.
... See MoreSee Less

4 tahun berturut-turut Tech Food Ingredients Sdn Bhd mendapat Gred A dalam Pensijilan McDonald's Audit SQMS. Tahun ini merupakan tahun ke-5 Tech Food Ingredients Sdn Bhd berjaya mengekalkan prestasi gred A cemerlang dengan memperolehi 96% secara keseluruhannya. Setiap tahun pelbagai pembaharuan dan program penambahbaikan yang dilakukan demi memenuhi setiap keperluan yang ditetapkan. Semoga prestasi cemerlang ini dapat dikekalkan setiap tahun dan Tech Food Ingredients Sdn Bhd sentiasa maju kehadapan. ... See MoreSee Less

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ataupun lebih dikenali sebagai OSHWEEK merupakan acara tahunan yang akan disambut pada minggu pertama bulan Ogos setiap tahun.
#Dosh
#JKKP
#OSHweek
... See MoreSee Less

We will give our best !!! Audit Anugerah KKP National - Peringkat Kedua. 18/8/23.
#JKKP
#Dosh
... See MoreSee Less

We will give our best !!! Audit Anugerah KKP National - Peringkat Kedua. 18/8/23.
#JKKP
#DOSH

Semakan Inventori Pertolongan Cemas dijalankan setiap bulan.

Apabila barang pertolongan cemas luput atau merosot, tiada kepastian ia akan berfungsi apabila kecemasan berlaku dan nyawa seseorang mungkin bergantung padanya. Hanya dengan kerap memeriksa kit pertolongan cemas anda barulah anda tahu ia sentiasa sedia untuk digunakan.

Kami telah melaksanakan konsep "Bersihkan Seperti Yang Anda Gunakan". Semua pekerja perlu mencuci tandas selepas penggunaan dan Ketua Pegawai Eksekutif kami akan memastikan semua tandas di pejabat, pelawat dan pengeluaran, beliau akan memeriksa secara peribadi setiap minggu. ... See MoreSee Less

Kami telah melaksanakan konsep Bersihkan Seperti Yang Anda Gunakan. Semua pekerja perlu mencuci tandas selepas penggunaan dan Ketua Pegawai Eksekutif kami akan memastikan semua tandas di pejabat, pelawat dan pengeluaran, beliau akan memeriksa secara peribadi setiap minggu.

Pemandu lori Tech Food Ingredients Sdn Bhd memeriksa keadaan lori sebelum memulakan perjalanan penghantaran produk ke tempat-tempat pelanggan. Rutin harian ini merupakan sebahagian daripada pematuhan kepada Keselamatan Makanan dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang sentiasa kami amal dan patuhi demi menjaga kualiti dan keselamatan produk. Selain daripada membuat pemeriksaan lori supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk dipandu, semasa proses mengangkat masuk produk-produk, kami juga sentiasa memastikan keadaan dalam lori sentiasa bersih, bebas daripada unsur-unsur asing dan bebas daripada alergen. Selesai proses mengangkat masuk produk-produk, lori akan dikunci sebelum memulakan perjalanan. Pematuhan had laju semasa pemanduan lori juga sentiasa dipatuhi bagi menjamin keselamatan produk dan pemandu bagi menjamin proses penghantaran produk yang selamat. ... See MoreSee Less

Mesyuarat Halal setiap suku tahun dan bacaan doa bulanan telah dijalankan pada hari ini Rabu (02.08.2023) di Tech Food Ingredients Sdn Bhd. Pihak syarikat telah menjemput dua orang wakil Imam Masjid Sultan Abdul Aziz Klang untuk terlibat sama dalam mesyuarat kali ini bagi membincangkan berkenaan program-program yang dapat dijalankan dengan kerjasama bersama pihak masjid dan Tech Food Ingredients Sdn Bhd. Di samping itu, kami juga berbincang berkenaan amalan terbaik pengurusan surau yang dapat dipraktikkan dalam kalangan warga muslim Tech Food Ingredients Sdn Bhd. Semasa mesyuarat berlangsung, rakan kerja Nurul telah membentangkan kepada semua berkenaan senarai keperluan yang perlu dipatuhi oleh para pembekal yang ingin mendapatkan kontrak Tech Food Ingredients Sdn Bhd dan mesyuarat diteruskan dengan beberapa agenda lain yang perlu dibincangkan. Seterusnya, mesyuarat ditangguh dengan bacaan doa bulanan yang dipimpin oleh imam Asyraf. Mesyuarat Halal akan dijalankan setiap suku tahun dengan menggalakkan penglibatan dari pihak masjid agar isu-isu Halal dan keagamaan dapat diperolehi dari masa ke masa. ... See MoreSee Less

Mesyuarat Halal setiap suku tahun dan bacaan doa bulanan telah dijalankan pada hari ini Rabu (02.08.2023) di Tech Food Ingredients Sdn Bhd. Pihak syarikat telah menjemput dua orang wakil Imam Masjid Sultan Abdul Aziz Klang untuk terlibat sama dalam mesyuarat kali ini bagi membincangkan berkenaan program-program yang dapat dijalankan dengan kerjasama bersama pihak masjid dan Tech Food Ingredients Sdn Bhd. Di samping itu, kami juga berbincang berkenaan amalan terbaik pengurusan surau yang dapat dipraktikkan dalam kalangan warga muslim Tech Food Ingredients Sdn Bhd. Semasa mesyuarat berlangsung, rakan kerja Nurul telah membentangkan kepada semua berkenaan senarai keperluan yang perlu dipatuhi oleh para pembekal yang ingin mendapatkan kontrak Tech Food Ingredients Sdn Bhd dan mesyuarat diteruskan dengan beberapa agenda lain yang perlu dibincangkan. Seterusnya, mesyuarat ditangguh dengan bacaan doa bulanan yang dipimpin oleh imam Asyraf. Mesyuarat Halal akan dijalankan setiap suku tahun dengan menggalakkan penglibatan dari pihak masjid agar isu-isu Halal dan keagamaan dapat diperolehi dari masa ke masa.

Tech Food Ingredients Sdn Bhd berpeluang berkongsi amalan terbaik pengurusan Halal menerusi rancangan TV MyHalal terbitan JAKIM yang disiarkan pada 28.07.2023 jam 6 petang secara langsung di RTM 1. Siaran boleh diulang tayang menerusi akaun rasmi Youtube dan Facebook TV JAKIM.

Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana melihat potensi baik pengurusan Halal syarikat Tech Food Ingredients Sdn Bhd dan mendokumentasikan amalan terbaik kami.
... See MoreSee Less

Pada pagi ini, 22/7/2023, rakan-rakan kerja Tech Food Ingredients Sdn Bhd bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan sekitar kilang kami, juga jalan raya dan kilang-kilang berhampiran. Satu Komuniti, Satu Tindakan! Bersama-sama Membersihkan Kawasan Sekitar Kilang 🌱💪

Sikap gotong-royong kami adalah bukti kesatuan dan rasa tanggungjawab terhadap tempat kerja kami. Bersama-sama, kami melangkah mengutip sampah, menyusun taman dan memulihkan keindahan alam sekitar. Setiap usaha kecil kami, menyumbang kepada kesejahteraan lingkungan yang lebih baik.⁣⁣

Momen ini mengajarkan kami satu pelajaran berharga - ketika bersatu, tiada apa yang tidak mungkin! Bersama rakan kerja yang hebat ini, kami pasti dapat mencapai perubahan yang lebih besar untuk Tech Food Ingredients Sdn Bhd.

#majlisperbandaranKlang

#MajlisPerbandaranKlang

Hari ini 10.07.2023 (Isnin) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berkunjung ke Tech Food Ingredients Sdn Bhd untuk mengadakan sesi penggambaran khas bagi rancangan MyHalal yang akan disiarkan di TV1. Sepanjang sesi penggambaran, kami berkongsi antara amalan-amalan terbaik yang kami amalkan setiap hari di Tech Food Ingredients Sdn Bhd bagi memenuhi pematuhan penuh terhadap pengurusan Halal, Keselamatan Makanan (Food Safety & Security), Budaya Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan lain-lain lagi.

Kami juga telah menjemput imam-imam daripada Masjid Sultan Abdul Aziz, Klang untuk memimpin bacaan doa memohon keberkatan program dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih atas bimbingan doa yang telah diberikan oleh imam-imam yang sudi hadir bersama-sama melibatkan diri dalam program kerjasama antara JAKIM dan JAIS ini.

Kami amat berbesar hati atas peluang ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan kepercayaan dari pihak JAKIM dan JAIS disamping melihat syarikat Tech Food Ingredients Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat yang berpotensi baik dalam sistem pengurusan Halal.

#JAKIM
#JAIS
#KeselamatanMakanan
#HalalAssuranceManagementSystem

Encik Sobri merupakan seorang bekas tentera udara yang memajukan kebun pisang secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan selepas bersara. Beliau pernah mencuba dalam bidang landskap tetapi kurang memberikan hasil. Encik Sobri merupakan seorang yang tidak mudah berputus asa walaupun kebun pisangnya telah beberapa kali dilanda banjir. Beliau tetap meneruskan penanamannya dan percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan kepadanya. ... See MoreSee Less

Hari ini, 4 July 2023, kami, Tech Food Ingredients Sdn Bhd telah menerima kedatangan dari seorang ibu tunggal iaitu Puan Suhilah bersama 3 orang anak-anaknya. Di dalam gambar, dari kanan merupakan wakil dari Tech Food Ingredients Sdn Bhd, Cik Nurul iaitu Eksekutif Halal di syarikat kami menyambut kedatangan Puan Suhilah sekeluarga. Puan Suhilah merupakan seorang ibu tunggal kematian suami sejak tahun lalu dan mempunyai 3 orang anak perempuan yang masih kecil dan bersekolah. Beliau tidak bekerja kerana mempunyai kekangan tertentu. Justeru, beliau sangat memerlukan punca pendapatan untuk membesarkan anak-anaknya. Kami di Tech Food Ingredients Sdn Bhd sangat berbesar hati untuk sedikit sebanyak membantu Puan Suhilah sekeluarga.

Tambahan lagi, kami juga ingin membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang ingin membantu untuk memberikan sumbangan kepada keluarga kecil ini. Alamat tertera di bawah merupakan alamat tempat tinggal Puan Suhilah sekeluarga. Sebarang sumbangan, boleh terus kepada Puan Suhilah yang beralamat di;
No. 18, Tingkat 3, Blok E,
Persiaran Masjid Sultan / IKS 13,
Pangsapuri Samudera, 42920 Pulau Indah,
Selangor.

Video berikut merupakan perkongsian intipati ketika Tech Food Ingredients Sdn Bhd melakukan perbentangan di Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Conference 2023 pada 21 Jun 2023 berkenaan amalan terbaik terhadap aspek keselamatan dan kesihatan yang kami pratikkan di tempat kerja. ... See MoreSee Less

Gembira hari ini, Encik Abdul Rahim, iaitu ayah kepada rakan kerja Tech Food Ingredients Sdn Bhd, iaitu Halim datang ke kilang dan berpeluang untuk bersarapan bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Tech Food Ingredients Sdn Bhd, Encik R.Narendranath dan rakan kerja yang lain sebelum mereka berdua bergerak ke Melaka. Kami berasa sangat gembira kerana dapat bertanyakan khabar dan berborak mesra, berkongsi cerita berkenaan segala usaha yang telah dilakukan oleh anaknya untuk Tech Food Ingredients Sdn Bhd. Di samping itu, kami juga berpeluang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan hidup Encik Abdul Rahim dan semoga beliau sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. ... See MoreSee Less

Gembira hari ini, Encik Abdul Rahim, iaitu ayah kepada rakan kerja Tech Food Ingredients Sdn Bhd, iaitu Halim datang ke kilang dan berpeluang untuk bersarapan bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Tech Food Ingredients Sdn Bhd, Encik R.Narendranath dan rakan kerja yang lain sebelum mereka berdua bergerak ke Melaka. Kami berasa sangat gembira kerana dapat bertanyakan khabar dan berborak mesra, berkongsi cerita berkenaan segala usaha yang telah dilakukan oleh anaknya untuk Tech Food Ingredients Sdn Bhd. Di samping itu, kami juga berpeluang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan hidup Encik Abdul Rahim dan semoga beliau sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.

Anbunithi Gopal telah berada di Malaysia sejak 2003, berasal daripada Trichy, India. Dia setiap hari membuat bisnes menjual alat tulis dari awal pagi hingga lewat malam, dan selalunya melangkau waktu makan, hanya untuk memastikan dia menyimpan wang untuk pendidikan kedua orang anak perempuannya di India yang berumur 17 dan 14 tahun. Dia berasa sangat gembira jika pelanggan membeli barang jualannya kerana dia berasa dihargai dan semua itu terlihat dari senyuman lebar di wajahnya. Rakyat Malaysia sentiasa membantu dia membeli jualannya dan saya percaya ianya dibeli bukan kerana keperluan, tetapi mereka ingin menceriakan harinya. ... See MoreSee Less

Anbunithi Gopal telah berada di Malaysia sejak 2003, berasal daripada Trichy, India. Dia setiap hari membuat bisnes menjual alat tulis dari awal pagi hingga lewat malam, dan selalunya melangkau waktu makan, hanya untuk memastikan dia menyimpan wang untuk pendidikan kedua orang anak perempuannya di India yang berumur 17 dan 14 tahun. Dia berasa sangat gembira jika pelanggan membeli barang jualannya kerana dia berasa dihargai dan semua itu terlihat dari senyuman lebar di wajahnya. Rakyat Malaysia sentiasa membantu dia membeli jualannya dan saya percaya ianya dibeli bukan kerana keperluan, tetapi mereka ingin menceriakan harinya.

Pada 4 Jun 2023, Jualan Amal untuk membantu pembaikpulihan surau Al Khairiah Kg Sg Jai, melalui hasil jualan daripada Warung D'Simpang Sg Jai telah dijalankan. Pihak Tech Food Ingredients Sdn Bhd sangat berterima kasih atas peluang ini dan berharap agar bantuan ini dapat memberi manfaat kepada sekitar penduduk Kg Sg Jai yang menggunakan kemudahan surau tersebut. ... See MoreSee Less

Load more